Channel Youtube paling besar telah mencecah 50 juta subscriber dan ramai Youtuber lain seperti Zoella, Tyler Oakley dan Youtuber Malaysia seperti The Ming Thing dan JinnyBoyTV yang mempunyai berjuta views melalu video-video mereka yang berkualiti dan sesuai untuk penonton secara global. KIni, lebih ramai yang cuba mengetengahkan minat mereka melalui video dan berkongsi video tersebut di Youtube dengan harapan mereka mampu menjadikan ia sebagai kerjaya.

Banyak yang berjaya walaupun tidak semua yang berjaya, dan Youtube, pada tahun lepas telah melancarkan kempen #MadeForYou dimana ia mengetengahkan Youtuber dari pelbagai latar belakang dan kepakaran. Salah satu yang channel yang tersenarai ialah Kaushal Beauty yang di pilih mewakili Youtubers dari UK.

Jadi kami ingin berkongsi cerita tentang gadis muda yang kini mempunyai 1.5 juta subscribers dan semakin hari bilangannya semakin meningkat.

 

Gadis Desi

Indian, tetapi dilahirkan dan dilahirkan di UK, Kaushal selalu tampil dengan video yang mempunyai elemen-elemen dari UK dan India seperti mekap untuk temu janji ketika tahun bahu dan mekap glamer untuk Diwali dan perkahwinan tradisional India. Malahan sesetengah video adalah berkenaan mekap harian yang trending di India di mana video tersebut menjadi video dengan tontonan tertinggi.Ternyata Kaushal berjaya menampilkan persona beliau melalui channel Youtuber beliau yang menjadi tontonan semua golongan umur.

 

#MadeForShakingUpMakeup

TomSka and Tanya Burr juga suka dengan videonya, Kaushal dan channel Β youtubernya adalah antara yang paling pelbagai dianta wakil-wakil youtuber yang lain di UK yang menjadi sebahagian dari kempen Youtube #MadeForYou yang menyokong kepelbagaian content creator yang menampilkan pelbagai talent dan passion di Youtube. Mereka ini sentiasa berkongsi di platform masing-masing dan cuba memenuhi cita rasa semua penonton.

 

 

Ratu Positif

Sama ada kita bercakap tentang blog, mahupun Vlog posts ataupun barangan yang direka serta dipilih untuk dikongsikan dengan pengikutnya di Youtubem Kaushal juga selalu berkongsi dan mengingatkan pengikutnya untuk kekal positif dan betapa pentingnya untuk kekal positif di dalam kehidupan harian selain berkongsi tip dan hack untuk menjadi positif, Kaushal bukan saja menjadi inspirasi mekapnya yang jelita, malahan mindset beliau jugak menjadi inspirasi penontonnya,

 

Barangan Sendiri

Salah satu sebab mengapa Kaushal menjadi pilihan kami ialah cara Kaushal berkongsi positivity beliau melalui rantai tangan yang direka sebagai barangan beliau. Rekaan beliau yang minimalis, klasik dan anti calar, gelang stainless steel ini didatangkan dalam warna silver dan rose-gold juga mengandungi kata-kata motivasi yang anda boleh pakai untuk sebagai mesej kepada diri sendiri sepanjang hari untuk menaikkan semangat.

 

Sentiasa Ceria

Okay. Ini serius. Kausha mempunyai aura glam dan lihat sahaja di Instagram beliau yang penuh dengan gambar mekap smokey-eyed, tutorial contouring yang sempurna di channelnya sudah cukup sebagai bukti, tetapi salah satu lagi aura memikat Kaushal ialah karakternya yang sentiasa sangat ceria, senyuman yang ikhlas dan oleh kerana itu, tidak hairanlah, pengikutnya semakin hari semakin ramai!