Pupur muka adalah rahsia kecantikan turun temurun yang dipraktiskan oleh mak andam serta wanita untuk menjaga awet muda mereka. Zaman moden melihat pupur muka bentuk topeng yang dipopularkan oleh Korea semakin femes antara peminat penjagaan kulit.

Rutin penjagaan kulit Korea amat menitikberatkan penggunaan pupur muka untuk kulit pusam, muda serta tegang dan berita baik di sini adalah, anda tidak semestinya membeli topeng muka Korea.

Pupur muka ala Korea dapat diadun dengan hanya beberapa bahan di rumah anda. Khasiatnya juga menyamai pupur Korea di kedai dan harganya adalah jauh lebih murah. Jadi tunggu apa lagi, ketahuilah cara membuat pupur muka Korea ala DIY!

 

Rumpai Laut

tesco-seaweed

 Dried Seaweed, Tesco Malaysia

That’s basically it. Rendamkan helai rumpai laut tanpa perisa atau nori, untuk menyedut kelembapan yang mencukupi supaya boleh menjadi masker muka.

Rumpai laut boleh menghidratkan kulit kering, menanggalkan sel-sel kulit mati and membolehkan penyerapan pantas mineral dan vitamin berkhasiat ke dalam kulit anda.

Ini mungkin resipi topeng muka Korea paling mudah untuk anda mencuba.  Kulit anda akan berseri hanya dengan menggunanya selama 10-15 minit.

 

Teh Hijau & Susu

Pupur muka ini boleh mengganti masker popular atau “pek” – kandungan teh hijau untuk melawan radikal bebas yang berbahaya, memadam noda dan parut jerawat, dan mencepatkan pertubuhan semula kulit baru. Vitamin D dan kolagen pula terdapat dalam susu mampu membuat kulit lebih sihat dengan anjalan kulit yang tegang.

Kelembapan kulit yang hilang turut dapat diganti semula dengan masker ini. Anggarkan sesudu meja serbuk teh hijau dan sebanyak susu yang anda inginkan untuk membuat pes pekat. Lanyankan atas kulit muka buat seketika. Wajah anda akan tampak gebu dan licin selepas masker ini.

 

Pad Kapas & Serum

Sekiranya anda mempunyai serum, minyak pati atau pati essence di rumah, renjiskan pad kapas dengan serum tersebut. Pastikan pad kapas itu dikupas supaya menyerupai kepingan nipis bagaikan topeng muka yang besar.

Trik terbaik akan hack DIY ini ialah anda boleh menukar serum atau bahan pati yang digunakan berdasarkan keperluan kulit yang tertentu.

 

Kertas Beras & Serum

Pupur muka ini adalah hampir sama dengan masker pad kapas & serum, bezaanya bahan pad kapas ditukar kepada kertas beras. Kertas beras ini boleh didapati di kedai runcit dan diguna sekiranya pad kapas tidak sesuai  untuk golongan individu dengan kulit yang sensitif.

 

Pupur Muka Air Beras

Beras mengandungi antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit. Ia boleh bantu baiki sel-sel kulit rosak dan  juga melindunginya daripada kerosakan akibat pendedahan UV. Beras turut membuat kulit sihat, gebu dan memutih jikalau diguna dari masa ke semasa.

Rendamkan beras dalam air supaya nutrien berharga meresap ke dalam cecair kemudian gunakan kapas pad atau tuala nipis sebagai topeng DIY.

Kandungan air turut dapat hidrat dan menyuburkan kulit anda. Tip kecantikan ini telah lama dipraktiskan di Jepun dan Korea. Malah, terdapat banyak jenis produk yang mengandungi rumusan ajaib ini.