Adakah anda merasa krim mata langkah yang tidak diperlukan dalam rutin penjagaan kulit anda? Fikir sekali lagi. Pada dunia pantas zaman sekarang, tidur malam yang nyenyak  amat sukar untuk dikecapi. Akibatnya, terlalu kerap kita disambut oleh mata Raccoon pada waktu pagi – bengkak, berkedut, letih dan seringkali dengan sisa solek.

Untuk mengatasinya, penyamar noda serta bedak asas diguna untuk cover up, namun ia tidak akan menghilangkan kantung mata dengan sepenuhnya.Jika tidak dijaga dari awal,kesan sembap ini boleh menjadi kedutan kekal di bawah mata anda.

Agar mimpi ngeri ini tidak menjadi realiti, Brassy mengeysorkan beberapa produk pilihan utama kami untuk menangani masalah mata kusam dan sembap. The best part? Krim-krim mata ini boleh didapati di kedai farmasi tempatan anda.

 

Simple Regeneration Age Resisting Eye Cream

Simple Regeneration Age Resisting Eye Cream

Image via: Simple

Jom kita mulakan dengan si klasik, iaitu Simple Regeneration Age Resisting Cream. Ia mengandungi bahan yang mampu berkesan atas semua jenis kulit dan berfungsi untuk mengisi garisan halus serta kantung mata.

Krim mata ini adalah kegemaran di kalangan penguna yang baru mencuba krim mata buat kali pertama. Harganya yang perpatutan turut menjadi faktor krim mata ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Didapati DiGuardian
Price: RM 30-35

 

L’Oréal Revitalift Magic Blur Eye Cream

L’Oréal Revitalift Magic Blur Eye Cream

Image via: L’Oréal Paris

Untuk sesiapa yang inginkan produk eksklusif, L’Oréal Paris Revitalift Miracle Blur ialah produk tersebut. Jenama premium ini mampu mengingkatkan keanjalan di sekitar mata dan melindunginya dari lingkaran hitam bawah mata.

Harganya adalah sedikit mahal*-namun ia dapat menegangkan kulit mata, menghilangkan garisan halus di sekitar kontur mata agar mata tampak segar dan berseri hanya dalam beberapa hari sahaja.

Didapati diGuardian
Harga: RM 40-45

 

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream

Image via: Watsons

Mengandungi 3 asid hyaluronik- yang terkenal dengan fungsi penghidratan yang tinggi, krim mata ini cepat menyerap dalam kulit untuk menghilangkan garisan halus yang tidak terlalu serius.

Walaupun ada sesetengah pengguna mengatakan bahawa tiada banyak perbezaan dapat dilihat pada lingkaran hitam atau serta mata sembap, ia masih menjadi kegemaran kerana fungsinya sebagai pelembap intensif untuk mengekalkan kulit di sekitar mata anda segar dan terhidrat.

Didapati DiWatsons
Harga: RM 55-65

 

Avène Soothing Eye Contour Cream

Avène Soothing Eye Contour Cream

Image via: Avène

Thermal Spring Water di dalam jenama Avene ini adalah ramuan utama untuk menenangkan dan melembapkan kulit, terutamanya kulit sensitif. Tambah pula, manfaat antioksida untuk mengurangkan kerosakan kulit, garis-garis halus dan kedutan di sekitar mata anda. Produk ini akan meninggalkan anda rasa dan tampak segar. It’s no wonder Avene is made to pamper!

Didapati diGuardian
Harga: RM: 65-70

 

Bioderma Sensibio Eye Contour Gel

Bioderma Sensibio Eye Contour Gel

Image via: Bioderma Laboratoire Dermatologique

Dirumuskan untuk menangani kantung mata dan meratakan garisan halus serta kedut tepi mata, produk ini mengandungi kafein sebagai bahan untuk menangani kulit bengkak serta asid hyaluronik untuk mengunci kelembapan di bawah kulit anda untuk memastikan ia sentiasa terhidrat dan segar. Pengguna seringkali memuji produk ini kerana keupayaannya untuk diserap dengan pantas ke dalam kulit walaupun jika ia kulit sensitif.

Didapati DiGuardian
Harga: RM 80-85

 

Clinelle Caviar Gold Firming Eye Serum

Clinelle Caviar Gold Firming Eye Serum

Image via: Clinelle

Ini semestinya produk mewah dalam skop krim mata julat drugstore. Serum mata Clinelle sarat dengan protein berkhasiat, asid lemak, vitamin dan mineral untuk penyerapan pantas ke dalam kulit. Ia bekerja secara intensif untuk membaiki dan menambah lapisan kolagen untuk mencapai efek “firming“. Just like what its name stands for. Diperkaya dengan kaviar untuk mengembalikan kulit muda manakala ekstrak emas mengurangkan kedutan dan meningkatkan pemulihan kulit anda. Hanya selepas beberapa hari sudah pastinya kedut mata dan lingkaran hitam bawah mata anda akan memudar.

Didapati diGuardian
Harga: RM 100-102

 

Avène PhysioLIFT Eye Cream

Avène PhysioLIFT Eye Cream

Image via: Watsons

Another Avene!  Namun kali ini disasarkan khusus ke arah kulit sensitif dan penuan. Fomula patch technology ini bertujuan untuk memberi nafas baru ke kulit anda. Kami suka bagaimana ia mengisi kedutan halus di sekitar mata dan menjadikan kulit mulus dan sempurna. Fomulanya yang lembut turut dapat mengendalikan keperluan kulit sensitive.

Didapati DiWatsons
Harga: RM 105-130

 

L’Oréal Paris Revitalift Eye Cream

L’Oréal Paris Revitalift Eye Cream

Image via: L’Oréal Paris

Akhir sekali, L’Oréal Paris Revitalift Eye Cream. This just might be your product. Ianya kegemaran di kalangan blogger Malaysia, kerana kebolehannya untuk mengurangkan keadaan bengkak, sembap dan lingkaran hitam bawah mata. Tag harga berpatutan, nutrien yang berkualiti tinggi serta teknologi anti-penuaan yang canggih menjadikannya drugstore champion untuk mata menyerlah.

Didapati DiWatsons
Harga: RM 45-60