Nama Noor Neelofa Mohd Noor – yang lebih dikenali sebagai Neelofa – telah menjadi wajah yang biasa dilihat di skrin TV, majalah dan media sosial untuk menjadikan beliau secara tidak rasmi, ‘Ikon Malaysia. Sama ada gaya, personaliti menarik beliau, atau kerjaya cemerlang beliau dan memiliki pelbagai bakat keusahawanan atau seni, kami amat tertarik dengan palet solekan neutral beliau.

Gaya penampilan Neelofa yang diilhamkan adalah bukan perkara baru di YouTube atau blog kecantikan, peranan beliau baru-baru ini dalam siri TV Suri Hati Mr. Pilot yang memegang watak Warda Erina, telah melepaskan gelombang baru tutorial yang cuba untuk meniru apa yang telah menjadi sebuah ikon di televisyen- Dengan kulit cerah, petunjuk warna halus , warna bibir matte dan pendek kata,  keanggunan yang dimiliki beliau adalah amat manis dan canggih.

Kami telah lihat semua tutorial di luar sana untuk memilih beberapa tutorial kegemaran kami – kedua-duanya diilhamkan oleh gaya iknonik Neelofa, dan juga seperti yang watak dibawa setiap hari yang pasti membuatkan anda jatuh cinta.

 

Minimal Peachy

Hanya perlu gunakan produk pada harga berpatutan, cermin solek bebas drama dan rona warna manis, YouTuber Yasmeen Razak menghasilkan seni solekan yang sangat indah, setanding Warda Erina.

 

Smokey & Sublime

Jika anda suka bagaimana Neelofa kelihatan menarik dan elegan, anda mungkin akan suka gaya ini dan ia dicipta oleh YouTuber Syfia Melvin.

 

Anggun & canggih

Sememangnay watak Warda Erina mempunyai wajah dan personaliti yang kelihatan sungguh menawan di kaca TV. Dengan warna-warna neutral dan tampak lembut dilengkapi dengan warna yang tidak menyebabkan wajah nampak berkilau, anda pastikan sukakan gaya sederhana ini.

 

Chic

Nak melihat bagaimana gabungan glam dengan contour bergabung? Lihatlah pada solekan mata Neelofa. Tetapi anda mungkin terpaksa berbelanja lebih.Tutorial solekan Neelofa yang ini diilhamkan Aqira Azlah mungkin menjadi jawapan anda. Lebih jimat!

 

Matte-rial

Jika anda seorang penggemar eyeshadow dengan rona  neutral dan gincu matte warna Nude Neelofa, tutorial ini menggunakan produk yang lebih halus, paling penting, ia nampak sangat GLAM!