Bagi penggemar Harry Potter atau lebih dikenali dengan Potterhead, memilih kayu sakti bukanlah satu perkara yang mudah kerana dalam cerita magik tersebut, bukan ahli sihir yang memilih wand mereka, tetapi wand yang akan memilih siapa tuan mereka. Tetapi, tiada apa yang lebih ajaib daripada produk kecantikan terbaru yang ingin kami tampilkan! Bukan sahaja anda akan berpuas hati, produk yang kami paparkan ini adalah yang paling sesuai untuk anda miliki.
Sebagai contoh, lipstik yang boleh bertukar warna memang adalah sesuatu yang baru! Ia pasti membuat mood and bertambah ceria, tetapi ada ada sesuatu yang ajaib dalam bekal kecil ini dan ia digelar Beauty and the Beast’s.
Tetapi boleh dikatakan bahagian yang terbaik adalah prinsip yang cuba ditampilakan, selepas anda sapu warna menjadi lebih menawan dan gelap – Tidak perlu risau warna anda sama dengan sesiapa lagi.
Dan ya, sementara kita memahami perkara ini, ia mempunyai kaitan dengan formula gincu yang disesuaikan dengan tahap pH dan warna bibir semula jadi. Idea utama produk ini adalah menghasilkan warna yang berbeza bergantung kepada siapa yang memakainya. Ia seolah-olah magik Patronus.
Lipstik Flower Jelly yang dihasilkan daripada syarikat China ini, Kailijumei dilancarkan pada pertengahan tahun 2016. Dan, habis dijual tanpa kami sempat nak refresh page browser!
Kami terpaksa mengumpul wang dua tiga kali apabila melihat mereka mengenakan warna yang tidak dapat dinafikan paling menawan ini. Bagi mereka yang mengumpul warna Pixie Rose yang datang dalam empat koleksi ini, apakan lagi dengan koleksi dari jenama New York Winky Lux sebagai alternatif yang lebih murah, malahan dengan bunga Chrysanthemum sebenar serta tiga warna menarik yang turut ditampilkan.
Inginkan lipstik yang memilih pemakainya? Magik sebenar ada disini!