Walaupun celak cecair diraikan untuk kemahiran dan ketepatan dalam melukis efek cat eyes serta lirikan dramatik, celak mata gel menawarkan lebih banyak kawalan pada si pengguna.

Ianya kurang kasar berbanding pensel celak biasa dan lebih mudah untuk diguna, terutamanya apabila anda baru berkecimpung dalam bab lirikan mata.

Penggaris mata gel adalah must have untuk solekan gaya Korea dan Brassy ingin berkongsi akan pilihan kami untuk celak mata yang terbaik jenama Korea, sekiranya anda ingin menambahnya dalam beg make-up anda.

 

Innisfree Gel Eyeliner

innisfree-gel-eyeliners

Imej via: Innisfree

Terdapat dalam 10 jenis warna, penggaris mata gel Innisfree diperkaya dengan minyak kelapa dan Vitamin E untuk memanjakan kelopak mata anda walaupun anda memakai solekan. Pensel mata gel yang kalis air dan berpigmen ini mudah untuk diadun dan lirikan mata anda pasti tampil menyerlah berbanding dengan pensel celak biasa. Harganya juga amat berpatutan. Brassy approved!

Didapati di: Hermo.my

Harga: RM 25-30

 

Etude House Proof 10 Gelquid Liner

etude-house-gelquid-liner

Imej via: Etude House

Celak ini memang kegemaran antara peminat solekan gaya Korea. Dipanggil ‘gelquid’ liner, celak ini adalah produk yang unik kerana ia adalah gabungan fomula cecair dan gel.

Apabila diuji, celak ‘gelquid’ ini tampak kemas dan tidak comot walaupun dalam keadaan cuaca Malaysia yang tropika dan lembap kerana ciri kalis airnya. Terdapat 5 rona terang untuk dipilih, namun pastikan anda menggunakan penanggal solekan remover yang kuat kerana ia memang smudgeproof!

Didapati di: Etude House

Harga: RM 45-50

 

BBIA Last Auto Gel Eyeliner

BBIA Last Auto Gel Eyeliner

BBIA Last Auto Gel Eyeliner amat popular di Korea kerana ia mudah untuk digunakan serta prestasinya yang unggul dan harga yang berpatutan.

Teksturnya yang lembut memudahkan garis luncuran pada mata tampil lebih kemas dan ringan.  Pengguna celak mata gel BBIA turut menyukainya kerana ia cepat kering dan tidak comot malah ianya tahan lama.

Terdapat 9 warna klasik daripada “Noir” kepada “Jazz” dan “50” untuk anda bereksperimen. Ia adil untuk dikatakan bahawa BBIA seriously is underrated.

Didapati Di:Hermo.my

Harga: RM 30-40

 

Clio Gelpresso Waterproof Pencil Gel Liner

Clio Gelpresso Waterproof Pencil Gel Liner

Imej via : Hermo.my

Jika anda ingin celak warna berona terang dengan pigmen yang tinggi, Clio Gelpresso Waterproof Pencil Gel Liner adalah penggaris mata yang perfect untuk anda.

Dirumus dengan pigmen yang berqualiti, pensel gel ini dapat meluncur dengan mudah kepada bahagian atas dan bawah kelopak mata anda. Istimewa pensel celak mata ini, ia tidak akan comot kerana kalis air.  Terdapat 12 warna menawan, masing-masing dengan personaliti yang tersendiri, sama ada “Bloody Angel” atau “Bloody Devil” dalam efek metalik, kilatan atau matt.

Didapati di:Hermo.my

Harga: RM 45-50

 

Beauty People Snow White Eye Liner Collection

Beauty People Snow White Eye Liner Collection

Imej via : Hermo.my

Terdiri daripada dua set edisi khas atau “seasons“, tin Beauty People ini mengandungi lima pensel gel warna yang berbeza. Tin-tin ini dengan ilustrasinya yang comel berkenaan Snow White menjadikan mereka collectors item di kalangan peminat solekan.

Celak mata gel ini juga lembut dan padat untuk digunakan, warna matt dan kilaunya yang minima turut amat memikat hati. Rumusan kalis airnya membolehkan aplikasi cepat kering, maka tidak hairanlah tin Beauty People laris dijual.

Didapati di:Hermo.my

Harga: RM 65-75

 

TONY MOLY Backstage Gel Liner

TONY MOLY Backstage Gel Liner

Imej via : TONY MOLY

Gel kegemaran bukan hanya di Korea tapi secara umum ialah Tony Moly Backstage Gel Liner. Celak mata gel krim ini merangkumi 6 jenis warna matt berpigmen tinggi, dari kelabu ala smokey hingga ke warna coklat susu. Pemegang berus Tony Moly yang pendek membolehkan lukisan garis mudah dan terperinci. Lirikan anda akan lebih kemas dan padat. Ia juga amat mudah untuk ditanggalkan dengan penanggal solekan. Jadi, tiada lagi lirikan yang mengumpal dan bercapuk!

Didapati diLazada

Harga: RM 80-90