Lupakan sebarang suntikan atau cara lain seperti lekapkan bibir anda dengan gelas tequila. Cara untuk dapatkan bibir seksi seperti Kylie Jenner sebenarnya tidaklah sesusah yang anda fikir.

 

Bersihkan permukaan bibir dengan teknik Exfoliate

 

 

Ini adalah langkah paling penting. Samada anda gunakan skrub buatan sendiri, mahupun yang dibeli di kedai, atau anda boleh gunakan berus gigi dengan permukaan lembut untuk bersihkan sel kulit mati serta permukaan yang telah rosak. Pastikan ianya masih elok dan lembut supaya berkesan untuk pastikan solekan yang dikenakan tahan lama dan tidak menyebabkan bibir rosak dan kering. Ingat, anda impikan bibir yang gebu dan menarik, bukan bibir yang kering dan sakit.

 

Solekan Primer

NYX Lip Primer

NYX Lip Primer

Image via: NYX Cosmetics

Samada anda guna concealer yang sama dengan dengan wajah anda, mahupun concealer yang khas untuk bibir mengikut kesesuaian anda, solekan primer mampu menghasilkan kesan seakan neutral untuk memudahkan anda membentuk bibir mengikut citarasa tersendiri. Dengan bibir yang lebih besar, anda perlukan lebih warna lipstik untuk warnakannya. Guna solekan primer sebaiknya untuk pastikan anda mudah menggayakan bibir nanti.

Highlight

essence-highlighter

Konsepnya sama seperti mengenakan eye-shadow atau celak mata untuk bentuk mata yang berbeza. Untuk memberikan kesan yang lebih ketara dan dimensi bibir, sapu sedikit serbuk glitter di bahagian atas bibir. Langkah ini menjadikan bibir kelihatan lebih gebu dalam sekelip mata. Kami cadangkan anda cuba Essence Soo Glow yang mudah didapati di kebanyakan farmasi di tempatan.

Garisan

Cuba untuk kekalkan jarak dengan garisan bibir asal jika anda tidak biasa dengan mekap garisan bibir. Untuk solekan bibir kelihatan lebih natural, pastikan solekan anda tidak tersasar dari garisan bibir asal untuk mengelakkan comot. Untuk kesan lebih ketara, solek kan sedikit lebih dari garisan bibir untuk dapatkan gaya seperti Kylie Jenner.

Anda boleh gunakan warna cerah samada rona putih atau celak bibir warna nude dan dapatkan bentuk mengikut citarasa. Gunakan Q-tip dengan sedikit make-up remover untuk membersih kesan comot. Setelah selesai, pastikan anda gayakannya dengan warna solekan wajah yang mudah dipadankan dengan bibir supaya tampak lebih natural.

 

Tandakan X

Jika anda menghadapi kesukaran menghasilkan kesan lining pada bibir, ini adalah tips menarik dan berkesan. Tips ini bukan sahaja berkesan menjadikan bibir anda tampak lebih menarik dan menonjol malah mudah untuk dihasilkan. Tandakan X pada bahagian tengah bibir bahagian atas dan gunakan ini sebagai asas ketika menggunakan lipstick.

 

Warna Fill

Gunakan berus calit bibir untuk kesan lebih sempurna, terutamanya apabila anda mula mengenakan warna pada garisan yang telah dilukis dan garisan asal bibir anda. Pemilihan warna adalah bebas, pastikan produk yang anda gunakan mempunyai kesan pelembap, ataupun formula yang berkesan untuk kesan tahan lama dan pasti anda inginkan solekan ini tidak mudah comot dan luntur.

Untuk kesan tahan lama dan lebih menawan, gunakan dua lapisan warna untuk menghasilkan gaya ombre, dengan warna lebih cerah pada bahagian dalam hingga tengah bibir, dan warna gelap pada bahagian luar.

 

Bibir berkilat

Sapukan sedikit pengilat bibir di kedua-dua bahagian bibir anda. Berkesan untuk kesan lebih berkilau, gebu , lembap dan bibir lebih seksi.

 

Serlahkanya!

Apa lagi, serlahkan bibir seksi anda!

A video posted by Kylie (@kyliejenner) on

 

 

Apa pendapat anda?