Rambut blonde, tidak kire sama ada blonde ala gold mahupun platinum ice, fesyen rambut ini sentiasa menjadi trend. Kita telah melihat pelbagai jenis trend rambut sama ada rainbow mahupun duo warna, trend ini telah berlalu, namun rambut blonde sentiase menjadi trend wanita. Jadi jika anda mahu memilih, sama ada gold atau silver jangan risau kerana ia akan sentiasa menjadi trend dan kenapa tidak untuk memulakan tahun baru dengan gaya rambut baru.

Tetapi untuk kita yang secara natural berambut gelap, memerlukan lebih dari sekadar mewarnakan rambut di salun. Ia memerlukan beberapa perkara sebelum ini. Berikut adalah antara perkara yang anda perlu bersiap-sedia sebelum mewarnakan rambut anda menjadi blonde.

Ia Memerlukan Masa Yang Lama

 Bunyinya seperti anda akan dipenjarakan, tetapi percayalah, yang tidak sabar mahupun sibuk dengan urusan harian seperti meeting yang tidak pernah habis, anda mungkin rasa seperti dipenjarakan di salun.

Untuk bertukar dari warna hitam ke blonde, anda perlu lebih rajin untuk berulang-alik ke salun untuk rawatan rambut. Ia seperti melukis diatas kertas hitam, ia lebih sukar untuk warna menonjol di atas kertas hitam berbanding di atas kertas putih. Maka, untuk mendapatkan warna blonde, warna hitam akan dipudarkan setelah berberapa kali proses, sedikit demi sedikit kerana, jika ia dilakukan secara keterlaluan, ia akan merosakkan rambut anda.

https://www.instagram.com/p/BPO-yRDglNn/

 Selain rawatan rambut yang tidak terkira serta mask rambut yang anda perlu pakai, akar rambut juga memerlukan touch-up kerana, rambut yang tumbuh bewarna hitam, jadi anda perlu memastikan, ia juga diblondekan  kecuali anda tidak kisah untuk mempunyai dua warna. Jadi, adakah anda bersedia dengan komitmen sebegini?

Bersedia dengan bajet secukupnya

 Walaupun bunyinya lebih muda dan murah jika anda mewarnakan rambut dirumah, namun, bila kita bercakap tentang bleaching atau pun blonde, percayalah, biar pakar yang melakukannnya kerana anda tidak mahu merosakkan folikel rambut atau pun warna tidak sekata untuk rambut anda, dan bagaimana jika ia jelas tidak sekata?

 Jadi, jika anda serius untuk menukar warna rambut menjadi blonde, bersedilah dengan bajet secukupnya, bukan sekadar appointment dan rawatan untuk memastikan rambut anda dalam keaadan yang baik, tetapi untuk kos mewarnakan kembali akar-akar rambut serta produk untuk melembapkan rambut anda yang akan membantu membuatkan warna tahan lama dan tidak merosakkan rambut.

Perhatian Yang Lebih Untuk Rambut.

Pewarna rambut tidak begitu mudah menyerap ke dalam rambut yang rosak dan kering, jadi jika jika anda mahu mewarnakan rambut sama ada ombre mahupun ice-blonde, pastikan anda ke salun untuk memastikan rambut anda cukup sihat. Bleaching akan menjadikan rambut anda kering, tapi jika anda pandai menjaga rambut sebelum, semasa dan selepas mewarnakan rambut, probabiliti untuk rambut anda menjadi rosak adalah sangat rendah. Jadi, amat penting untuk anda ingat bahawa, proses mewarnakan rambut bukan berakhir di salun sahaja. Misalnya, jika anda mahu rambut yang kerinting, pastikan rambut anda mendapat perlindungan haba yang cukup, kerana, jika rambut blonde terkena cahaya terlalu banyak seperti cahaya matahari, ianya mudah rosak kerana telah dibleach. Jadi, jika anda bukan seseorang yang sensitif dengan keadaan rambut anda, mewarna rambut anda menjadi blonde boleh menjadi beban.

 

Pilihan Warna Yang Tepat

 Apa yang kita lihat di kaca TV atau pon banyangan kacak dan cantik artis Korea mahupun Hollywood, mungkin tidak sesuai untuk anda. Shade dan tona warna blonde yang dipilih seharusnya dipilih berdasarkan tona warna kulit anda supaya ia tampak sesuai dan anggun yang mana anda sendiri terasa seperti ingin memuji diri sendiri serta bermotivasi untuk menjaga rambut anda. Secara generalnya, warna-warna yang terang sama ada kuning mahupun gold lebih sesuai untuk tona kulit yang cerah dan jika tona kulit anda lebih gelap, anda mungkin boleh mencuba warna-warna silver dan terang.

Jika anda masih keliru dengan pilihan warna dan bagaimana mahu memlilih warna yang sesuai, anda boleh bertanya kepada hairsylist anda, kerana mereka lebih berpengalaman. Kadangkala, bagi yang ingin melakukan full do blonde mungkin anda boleh mencuba highlight atau pun ombre. Konklusinya, pilih sesuatu yang anda suka untuk lihat ketika bangun tidur.