Korean beauty guru sentiasa memilih BB atau CC kusyen kompak berbanding tiub standard atau tab krim, sama ada kerana ianya mudah dibawa dan anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dengan mudah. Ia juga membantu anda untuk mendapat aplikasi yang lebih kemas dan memberikan kesan matte sambil menutup garisan halus dan bintik hitam.

Dengan kombinasi lengkap dengan pelembab, perlindungan dari sinar matahari dan meliputi pelbagai manfaat, ini adalah senarai produk BB dan CC krim dari Korea pilihan kami.

 

Innisfree Long Wear Cushion

 

Innisfree Long Wear Cushion

Image via: Innisfree

Mengandungi bahan-bahan yang menakjubkan dari Jeju  seperti serbuk gunung berapi, kusyen ini sesuai dengan pelbagai jenis kulit yang berbeza kerana ia mampu mengawal tahap minyak kulit anda dan pengeluaran sebum, smudge-free, tahan lama dan liputan yang sangat baik. Tambahan pula dengan SPF 50 PA +++, anda boleh menggunakan produk ini sebagai foundation, pelindungan dari sinar matahari dan pelembap kerana ia berfungsi untuk mengurangkan saiz liang pori-pori anda dan garis-garis halus dengan penggunaan jangka lama.

Available at: Innisfree outlets, Hermo.my

Price range: RM 45-60

 

Etude House Precious Mineral Magic Any Cushion

 

Etude House Precious Mineral Magic Any Cushion

Image via: Etude House

Didatangi 3 warna berbeza untuk 3 jenis masalah kulit – mencerahkan, tona sekata dan untuk menutupi bintik-bintik hitam. Formula melembapkan kulit produk ini mengandungi sodium hyaluronate untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap, segar dan lebih anjal. Selain itu, ia mengandungi arbutin, pearlescent mineral, yang membantu anda mendapatkan glow natural. Produk ini juga sesuai untuk menutupi linkaran bawah mata serta garis halus dan kedutan diwajah. Ia juga dilengkapi dengan SPF 34 PA++ untuk melindungi kulit dari sinar UV.

Available at: Hermo.my

Price range: RM 60-70

 

The Face Shop Oil Control Water Cushion

 

The Face Shop Oil Control Water Cushion

Image via: The Face Shop

Kusyen yang lembut dengan aplikasi mudah pada kulit serta kekal lama, produk ringan ini menawarkan liputan sederhana yang kekal hingga ke petang untuk wajah anda selain kalis air dan boleh bertahan selama berjam-jam tanpa touch up. Ia permintaan dalam mengawal minyak dan pengeluaran sebum kerana mengandungi blooming rose power dan ekstrak limau unshiu sebagai formula, menjadikannya kusyen BB hebat untuk pelbagai jenis kulit seperti kulit kombinasi atau kulit berminyak. Ia juga boleh berfungsi sebagai pelindung dari sinar matahari dengan SPF 50 PA +++, memberikan kesan dewy-glow yang memlembapkan kulit.

Available at: The Face Shop outlets, Hermo.my

Price range: RM 100-135

 

IOPE Air Cushion XP Natural

 

IOPE Air Cushion XP Natural

Image via: Hermo.my

Dilengkapi perlindungan sinar UV SPF 50 PA +++, pemenang pelbagai anugerah ini menyediakan pelbagai manfaat kulit yang direka hanya dalam satu kusyen padat. Dengan liputan besar yang membantu anda mendapat kan tona warna kulit sekatadan menyembunyikan bintik-bintik hitam dari pandangan serta meninggalkan kesan glow. Formula yang berasaskan air mineral yang sangat halus membolehkan anda sentiasa terhidrat manakala gabungan peptida, elastomer dan vitamin membantu mengecilkan liang-liang pori anda. Kulit akan tampak lebih anjal dan berseri dengan penggunaan produk ini. Produk ini terdapat dalam 5 warna

Available at: Hermo.my

Price range: RM 125-135

 

Laneige BB Cushion Pore Control

 

Laneige BB Cushion Pore Control

Image via: The Singapore Women’s Weekly

Dengan formula yang direka untuk mengecilkan liang-liang pori anda dan meningkatkan daya tahan kulit, produk ini juga mengandungi SPF PA 50 +++ untuk menghindari sebarang tanda penuaan kulit yang disebabkan oleh sinaran UV matahari. Selain itu ia menawarkan liputan yang hebat untuk warna kulit tidak sekata ,jerawat, liang pori atau jerawat yang tidak masak dan tahan lama serta membolehkan kulit anda untuk bernafas dengan bebas. Ia akan membuatkan kulit anda segar dan nyaman selain membolehkan kulit anda sentiasa lembap selama berjam-jam, ia juga mengawal minyak kulit anda secara sederhana untuk mengekalkan keseimbangan yang optimum agar kulit anda tidak kering apabila minyak keluar terlalu banyak, dan tidak terlalu berminyak anda sehingga berkilat.

Available at: Hermo.my

Price range: RM 130-140

 

Hera UV Mist Cushion Long Stay Cover

 

Hera UV Mist Cushion Long Stay Cover

Image via: Hermo.my

Terdapat dalam dua warna yang sesuai untuk warna kulit cerah dan sederhana. CC kusyen ini menawarkan liputan yang menakjubkan, dengan applicator puff yang direka untuk menyedut sekadar cukup untuk satu sapuan yang rata. Dengan formula pelembab mineral, ianya menyejukkan dan mengurangkan suhu kulit, memastikan kulit sentiasa terhidrat. Ia mempunyai SPF 50 PA +++ untuk menjaga kulitkamu dari dari sinar UV yang merosakkan kulit. Produk ini hadir dengan kombinasi mist, pelindung matahari dan formula mencerahkan dalam satu aplikasi, tahan lama dalam packaging yang classy.

Available at: Hermo.my

Price range: RM 180-190

 

Sulwhasoo Perfecting Cushion

 

Sulwhasoo Perfecting Cushion

Image via: Sulwhasoo

Dengan 6 warna yang menjurus kepada warna kulit cerah ke sederhana cerah, kusyen padat ini menjanjikan liputan yang direka untuk meliputi jerawat, garis-garis halus dan kedutan. Dilengkapi dengan formula yang direka untuk mengawal tahap minyak kulit anda untuk mengekalkan tahap penghidratan yang sempurna. Kekal hingga 12 jam, produk ini mengandungi apricot kernel oil dan jaumdan  untuk memberikan kesan glow pada kulit anda secara natural selain membantu meningkatkan keanjalan kulit anda dan kelihatan sihat dan lembut.

Available at: Hermo.my

Price range:  RM 190-200