Sesiapa saja mungkin mampu menulis thesis tentang berapa bagusnya timun untuk, segalanya. Ia boleh dijadikan jus dan perahkan sedikit lemon ketika cuaca panas, dan anda boleh jadikan ia sebagai salad mahupun jeruk untuk sandwich anda. Dah tentunya anda juga boleh racik halus timun untuk dijadikan skrub muka.

Timun bukan benda baru sebagai bahan untuk skrub DIY bagi merawat masalah kulit, malah jika kita pegi ke spa, kita boleh membayangkan kita baring dengan mask dimuka dan hirisan timun di atas mata. Ini menunjukkan mengapa penghidrat hijau ini bagus dan bagaimana ia membantu memberikan extra boost untuk kulit mengikut jenis kulit. Ia bukan sahaja digunakan sebagai ajen penyejuk, mengurangkan masalah kulit kering, rosak serta mengurang masalah sembab dan kulit kemerah-merahan malahan timun boleh mencerahkan dan menyerikan wajah anda, dimana kulit akan nampak lembab dan licin. Ia juga mengandungi antioxcidants dan vitamin yang mana kita semua mahukan didalam produk kecantikan kita.

Paling best, timun adalah sangat murah dah mudah untuk didapatkan serta digunakan sebagai mask muka untuk pelbagai jenis masalah.

 

Mask Hirisan Timun

Okay, tadi kita telah bercerita tentang segala kebaikan timun, jadi anda mungkin ingin tahu aoa yang anda boleh lakukan untuk menjadikan timun lebih baik. Jawapannya, anda tidak perlu melakukan apa-apa! TImun sahaja sudah bagus untuk menghidratkan kulit anda dan bagus secara natural seperti aloe vera yang segar mahupun uncang the hijau yang sejuk. Semua bahan natural ini, anda boleh gunakan secara segar dan mentah untuk melicinkn, melembapkan serta menyegarkan wajah setelah seharian berpanas.

 

Timun & yogurt

Timun ini amat menyegarkan, menyejukkan dan tambahan dengan krim pekat yogurt, ia mampu menghasilkan mask muka yang menyegarkan ketika cuaca panas, anda hanya perlu pakai dan baring untuk berehat dan mask yogurt dan timun akan membantu menyejukkan kulit anda.

Yogurt juga membantu proses membuang kulit dan sel-sel mati, melembabkan serta mencerahkan kulit selain membantu anda mendapatkan tona sekata. Timun jugak bertindak sebagai ajen yang membersihkan pori-pori anda dan hasilnya, kulit anda lebih segar dan berseri. Gabungan mask ini sesuai untuk kulit wajah berminyak, kulit kusam dan kulit berjerawat.

 

Timun dan Madu

Madu mentah atau madu asli yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia, jika yang diproses pastikan organik, adalah bahan natural yang bertindak sebagai pelembab yang penuh dengan antioxidants untuk melawan tanda-tanda penuaan dan bertindak sebagai anti bakteria dimana ia akan membersihkan pori-pori selain menghapuskan jerawat. Gabungan madu dan timun ini akan memberikan kesan ala spa walaupun anda hanya berada dirumah. Tutorial video di atas mencadangkan tambahan minyak zaitun untuk melembabkan kulit atau pun anda boleh memilih gula perang sebagai kesan skrub yang membuang sel-sel kulit mati, ini semua termasuk sebagai pilihan anda. Ia amat sesuai untuk yang berkulit kering.

 

Timun dan Susu

Susu adalah pelembab natural untuk kulit, dengan kebaikan yang melawan kesan penuaan dan meningkat pembentukan kolagen yang membantu keanjalan kulit, mengurangkan garisan halus dan kedut, mengecilkan liang pori dan menghalag kulit dari kesan-kesan habuk. Anda dapat melihat hasilnya, kulit anda lebih lembab, cerah dan berseri.

 

Timun dan Jus Lemon

Apa sahaja yang mempunyai vitamin C pasti bagus untuk kulit dan wanita gemarkannya. Oleh itu, kami ingin menambahkan sedikit jus lemon mahupun jus limau purut sebagai tambahan untuk mask timun. Sebagai bahan natural yang mengandungi astringents dan antioxidants, segala kebaikan yang ada didalam timun yang mampu mencerahkan, menyerikan serta mengeangkan wajah, mask yang mengandungi anti-bakteria ini cukup lengkap untuk anda yang berkulit kusam, Cuma, dalam membuat mask ini, pastikan jumlah asid dari jus lemon mahupun limau purut, tidak terlalu banyak kerana mungkin ia akan terlalu berasid untuk kulit wajah anda.