Katakan tidak kepada gaya mekap mata yang bosan. Jom cuba gaya baru yang diinspirasikan oleh Youtubers dan Instagrammers yang cantik-cantik belaka. Amaran: Mekap ini tidak sesuai untuk digayakan pada setiap hari. Hanya untuk hujung minggu sahaja.

Gaya Supervillain

Kita semua pasti suka pada watak superhero. Tetapi, kemunculan watak-watak anti-superhero seperti Black Widow, Scarlet Witch, Wonder Woman, Jessica Jones telah menjadi satu letusan pada tahun 2016. Kepada anda semua, jangan lupa untuk check out Instagram pricillamark untuk gaya watak anti-superhero seperti Harley Quinn daripada filem Suicide Squad, atau pun gaya mekap klasik Poison Ivy yang sungguh mempersona dan tampak lebih berani. Lagipun , watak jahat sentiasa dapat senjata yang lebih dahsyat, dan solekan yang lebih hebat dan menawankan?

 

β€œPurple rain”

Warna dan gaya solekan yang seolah-olah kesan luntur semakin popular dan mendapat tempat di Instagram. Gaya ini membolehkan anda bereksperimen dengan warna yang menaikkan semangat dan lebih terang. Fikirkan seperti hijau neon, biru, atau ungu atau warna yang anda tak mungkin guna untuk solekan gaya celak wing. Instagrammer nsh_nssrdn sering menggunakan teknik solekan ini dan anda juga boleh menggayakan solekan ini untuk parti, konsert, ataupun apa-apa sehaja festival menarik sepanjang tahun.

 

Glitterati Confirmed

Sesetengah daripada kita pasti ingat momen-momen berkilauan ketika masih di bangku sekolah. Oh maksud kami, yang betul-betul berkilau. Maksud kami, jika Ke$ha mampu menarik perhatian dunia dengan mekap glitter pada wajahnya, kenapa tidak kita? Sekarang, apa kata kita sambut kembali comeback jenis solekan ini dengan penuh bergaya. Jom cuba solekan mata yang menarik bak berlian seperti Smokey Eye yang diinspirasikan oleh Youtuber popular seperti Emily Quak.

 

Stars in Your Eyes

Anda pasti pernah lihat pelbagai barangan yang diinspirasikan daripada kecantikan galaksi. Daripada Β baju t-shirt, jenaka meme sehinggalah ke makanan pencuci mulut seperti kek. Gaya ini juga telah menjadi sehebat dan semegah angkasa setelah ia menjadi salah satu trend dalam dunia mekap. Tak ubah seperti kilauan bintang, gaya ini telah popular dan bergemerlapan di ruangan Instagram dan apa kata anda cuba trend terkini ini. Jika anda suka, apa kta cuba check out Instagrammer aneedilazar untuk inspirasi?

 

Ancient Egyptian Chic

Ini adalah I kedua yang mendapat tempat di hati kami oleh Instagrammer nsh_nssrdn. Check out gaya yang dihasilkan beliau yang sudah pasti membuatkan mulut anda ternganga dengan skill beliau. Akaun Instagram beliau ibarat kotak harta karun yang penuh dengan gaya solekan yang menawan. Gaya solekan mata ‘Foxy Cleopatra’ yang digayakan beliau sangat mempersonakan, dan mungkin sekali salah satu gaya solekan kegemaran kami dan bagi sesiapa sahaja yang menggemari solekan cat-eye look.

Apa pendapat anda?