Merawat dan mengatasi masalah jerawat bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ada yang di antara kita yang hanya mengamalkan diet seimbang dan menggunakan cleanser yang biasa dan ada yang menggunakan produk yang kadang-kala tidak kena dengan jenis kulit hanya untuk dapatkan wajah yang bersih tanpa jerawat. Pemilihan produk sebenarnya adalah sangat penting walaupun ada yang tidak terlalu ambil peduli. Anda boleh memilih produk yang betul anda atau anda mungkin sekali berhabis wang ringgit untuk beli produk mahal .

 

NuTeen Acne & Pimples Away Cleanser

Nu Teen Acne & Pimples Away Cleanser

Imej via: Watsons

Menggunakan bahan asas seperti Asid Salicyclic, produk ini popular sebagai komponen terbaik dalam proses menenetang jerawat. Formula yang digunakan dirumus khas untuk merawat dan mengatasi jerawat, terutamanya bagi mereka yang baru sahaja masuk umur matang. Khas untuk para remaja, formula antibakteria yang terdapat dalam produk ini juga turut berkesan mengatasi kotoran daripada dalam tanpa mengakibatkan kulit menjadi kering. Tambah lagi, ia berkesan untuk melegakan rasa  sakit dan jerawat yang mudah pecah.

Harga: RM9-14

SimplySiti Clear Solution Charcoal Cleanser

SimplySiti Clear Solution Charcoal Acne Cleanser

Imej via: SimplySiti

Komponen yang terdapat dalam arang adalah yang paling berkesan untuk memerangkap kotoran dan daki lebih yang terdapat dalam pori. Jadi, anda melakukan pilihan bijak jika memilih produk yang mempunyai elemen arang untuk mengatasi bakteria yang boleh menyebabkan jerawat dalam kulit anda. Dengan keupayaan untuk membersih dan menanggalkan sel kulit mati daripada kebaikan enzim betik, produk ini juga dijamin mampu menjadikan kulit anda lebih segar dan sedia untuk kemana sahaja.

Nota, bagaimanapun, perbezaan antara jenis kulit mungkin menjadi sebab walaupun anda menggunakan pencuci muka yang mengandungi arang. Jika masalah jerawat anda berpanjangan dan pencuci muka yang tidak bersesuaian, pastikan cuba dahulu secara sedikit!

Harga: RM 15-20

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

Neutrogena Deep Clean Foaming Acne Cleanser

Imej via: Neutrogena

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Neutrogena yang terkenal dengan kuasa untuk menentang jerawat. Pembersih muka dalam bentuk buih ini juga mengandungi Asid Salicyclic yang bekesan mangatasi minyak berlebihan dan kotoran yang terdapat dalam liang pori. Kesannya, wajah yang lebih segar, dan masalah jerawat yang mudah pecah juga dapat diatasi dengan mudah sekali.

Memandangkan produk ini menjadikan kulit anda sedikit kering, ia lebih sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Bagaimana nak tahu kulit anda jenis berminyak? Gunakan Absorbing Sheet untuk tentukan jenis kulit anda.

Harga: RM 15-20

Bio Eessence Bio-Energy Snail Skin Repair Foamy Cleanser

Bio-essence Bio-Energy Snail Skin Repair Foamy Cleanser

Imej via: Watsons

Salah satu rangkaian untuk siri pembersih wajah termasuk serum dan toner. Pembersih wajah ini juga mampu menjadikan kulit anda lebih lembap dan meresap ke dalam kulit untuk membersihkan liang popri anda daripada dalam. Malah, ia juga berkesan untuk menghilangkan kesan parut dan tisu rosak dengan kebaikan Astringent yang meninggalkan kulit anda kurang kedut jika diguna untuk jangka masa panjang. Jika anda perlukan produk yang spesifik untuk merawat jerawat atau menghilangkan kotoran, pastikan anda check out rangkaian yang terdapat dalam siri produk ini.

Harga: RM 22-30

Clinelle Blemish Clear Gel

clinelle-blemish-clear-cleanser

Imej via: Watsons

Produk yang ini pula mungkin berkesan agak perlahan, tapi hasilnya pasti membuatkan anda berpuas hati dan mampu mengeringkan jerawat anda dalam masa dua hingga lima hari. Menggunakan Asid Salicyclic dan Tea Tree Oil yang mempunyai ramuan terbaik untuk mengatasi jerawat. Produk antijerawat ini juga mampu menghilangkan kesan kotoran dan membaiki kulit anda dengan kebaikan Vitamin B5 di samping melembut dan melegakan kesakitan akibat jerawat yang diekstrak daripada Aloe Vera.

Harga: RM 25-35

Avène Cleanance Soapless Gel Cleanser

Avene Cleanance Gel

Imej via: Watsons

Terbukti dengan 92% ahli yang berdaftar di Acne.org mengatakan bahawa produk ini adalah terbaik untuk disarankan kepada rakan lain, ini adalah produk yang paling berpotensi tinggi yang tak mungkin anda lepaskan. Ramai pengguna yang mengatakan formula ‘soap-less’ dan SLS-free serta formula Non Comedogenic yang terdapat dalam produk ini berkuasa membersihkan pori anda disamping mengatasi bintik hitam. Dengan kebaikan mata air

Avène Thermal Spring Water sebagai bahan utama yang berkesan menyegarkan kulit dengan mineral neutral. Produk ini juga turut membesih secara mendalam untuk menghilangkan kesan minyak berlebihan tanpa menghilang komponen natural pada wajah anda.

Namun, harga produk ini agak mahal. Namun, ia tahan lama dan menjadi kegemaran pakar dermatologi dalam merawat kulit bermasalah dan sensitive.

Harga: RM 65-75

Apa pendapat anda?