Pelbagai farmasi di Jepun menampilkan produk terbaik yang mampu berada dalam beg mekap seorang gadis Jepun. Produk yang ditampilkan juga sangat popular, dan paling penting, berkesan dan mempunyai kebaikan yang tidak dinafikan. Sesetengah produk di farmasi ini juga tidaklah semahal mana dan dijual bukan sahaja di Jepun, malah di SELURUH DUNIA!

Ini antara pilihan BRASSY’s untuk memperkenalkan anda dengan produk terbaik daripada farmasi dari negara matahari naik ini.

 

Canmake Cream Cheek

Canmake Cream Cheek

Image via: Hermo.my

Jenama mekap Jepun ini bukan sahaja comel, malah ia juga elegen pada masa yang sama.

Cream Cheek Japanese, satu jenama sensasi yang begitu digemari wanita dan gadis di Jepun dan juga pemenang Anugerah Cosme adalah sesuatu yang harus dipandang tinggi. Menggunakan material Gel-To-Powder, produk ini dikategorikan sebagai sempurna dan senang digunakan bersama bedak asas jenis cecair mahupun bedak untuk menghasilkan kesan natural, manis dipandang, dan wajah lebih berseri. Tidak cukup dengan itu, produk  ini juga berkesan menjadikan solekan pipi anda tahan lama dan kekal lembap.

Terdapat di: Hermo.my

Harga: RM 35-40

 

Isehan Kiss Me Heavy Rotation Coloring Eyebrow

Isehan Kiss Me Heavy Rotation Coloring Eyebrow

Image via: Hermo.my

Jika anda selalu mewarnakan rambut, kami pasti anda tahu dengan dilemma yang biasa kita hadapi. Ya, warna kening dan bulu mata tidak akan sama dengan warna rambut. Walaupun pelbagai produk seperti gel kening yang berada di luar sana, namun produk Jepun ini adalah jenama yang tidak dapat dinafikan popular kerana ia mampu menjadikan warna kening anda sekata dan kini terdapat dalam tiga rona yang mudah dipadakan warna rambut anda.

Rekaan produk ini juga dibentuk khas supaya tidak menyentuh bahagian kulit. Dalam kata lain, anda pasti dapat warna yang anda inginkan dan sangat berbaloi. Cara guna, pastikan anda sapu untuk beberapa jam untuk kesan yang tebaik. Untuk hilangkan kesannya, cuma perlu gunakan sedikit air suam.

Terdapat di: Hermo.my

Harga: RM 35-45

 

KOJI – Dolly Wink Eyelash Fix

KOJI – Dolly Wink Eyelash Fix

Image via: Hermo.my

Seperti nama produk ini, jenama mekap Jepun ini juga amat berkesan dalam menjadikan wajah anda secomel anak patung Jepun ‘Gyaru’ yang popular dalam budaya Jepun. Dengan rangkaian maskara, celak dan bulu mata palsu yang mereka hasilkan adalah sangat berkualiti dan dilengkapi dengan formula tahan lama menjadikan jenama ini sangat digemari di Jepun. Salah satu produk bestseller mereka iaitu Eyelash Glue direka khas dengan kebaikan formula kalis comot, bauan bunga ros yang lembut untuk kulit dan tidak mudah tanggal. Produk Eyelash Fix ini juga adalah kegemaran para pengguna bulu mata palsu.

Terdapat diHermo.my

Harga: RM 45-50

 

KATE TOKYO Deep Liquid Eyeliner WPN

 

KATE TOKYO Deep Liquid Eyeliner WPN

Image via: Watsons

Susah untuk tentukan yang mana satu produk kegemaran kami. Ini adalah salah satu produk yang popular di Jepun. Bukan sahaja diakui sangat berbaloi, malah ia menggunakan material jenis Gel-Eyeshadow dan juga pensil untuk solekan bulu mata. Dengan imej lebih berani, dinamik dan gaya feminin yang padat dengan jenama ini, ia juga menggunakan moto ‘No More Rules’ dan kini antara produk terhangat di Malaysia. Miliki Deep Liquid Eyeliner, dengan bentuk tajam, hujung yang tirus , celak mata ini sangat mudah diguna untuk mencipta garisan yang tepat dan solekan wing pada mata ini. Kini terdapat dalam dua warna.

Terdapat di:Watsons

Harga: RM 45-55

 

K-Palette Real Lasting Eye Pencil

 

K-Palette Real Lasting Eye Pencil

Image via: Hermo.my

Jika terdapat celak mata yang kalis peluru, ini adalah buktinya. Dipenuhi dengan kebaikan kolagen mudah larut dan Ekstrak Swertia Japonica, cara menggunakannya adalah sangat mudah. Sapu dan biarkan ia kering untuk seketika, ia tidak mudah comot walaupun ketika anda tidur sepanjang malam. Ia juga terbukti sebagai celak mata yang tahan lasak, walaupun pada kulit berminyak dan telah diakui oleh ramai pengguna. Dapatkannya dalam dua warna.

Terdapat di: Hermo.my

Harga: RM 55-65

 

Apa pendapat anda?